|
02 March 2011
Perpustakaan Kolej Antarabangsa IKIP telah ditubuhkan pada pertengahan Oktober 1994, bertempat di Kampus IKIP 3 (kini dikenali dengan nama Kampus Taman Gelora). Mula beroperasi sepenuhnya pada 15 Januari 1995 dan boleh menempatkan seramai 250 orang pelajar dalam satu-satu masa.Selain itu, terdapat sebuah perpustakaan cawangan yang terletak di Kampus IKIP 5(kini dikenali Kampus Taman Pertanian). Perpustakaan kampus IKIP 5 boleh menampung seramai 60 orang pelajar di dalam satu-satu masa.













